Search This Blog

Monday, September 10, 2018

JOM KETAHUI STATUS STD ANDA DI STIFC KK JALAN GEREJA MELAKA.

PERCUMA...KERAHSIAAN DIJAGA.....😅😅


SIFILIS ADA RAWATAN...IA BOLEH DIRAWAT...JANGAN MALU...ANDA YANG RUGI..

JAUHI AKTIVITI BERISIKO YANG BOLEH MENYEBABKAN ANDA DIJANGKITI STD


ANDA MALU UNTUK RAWATAN....? ANDA TANGGUNGLAH KESAKITANNYA... JANGAN PULA ANDA SEBARKAN PENYAKIT STD KEPADA ORANG LAIN....

Saturday, September 8, 2018

KETAHUI STATUS HIV ANDA

Jom lakukan Ujian HIV di mana-mana klinik kesihatan dan Klinik 1 Malaysia di Melaka.



LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN UJIAN SARINGAN HIV:

1. Pergi ke mana-mana klinik kesihatan kerajaan.

2. Berjumpa terus dengan doktor/ pembantu perubatan/ jururawat bertugas dan minta ujian HIV dilakukan.

3. Doktor / pembantu perubatan / jururawat yang bertugas akan memberi khidmat nasihat atau kaunseling mengenai ujian tersebut.

4. Setitis darah akan diambil dari hujung jari untuk diuji. Keputusan ujian boleh diketahui dalam masa 15 minit (menggunakan ujian pantas – rapid test kits).

5. Jika keputusan ujian ‘tidak reaktif’, anda akan diberi penerangan lanjut. Sekiranya anda mempunyai faktor risiko dijangkiti HIV, anda akan dinasihatkan untuk mengulangi ujian 6 bulan akan datang.

6. Jika keputusan ujian adalah ’reaktif’, nasihat akan diberikan dan persetujuan diperolehi daripada anda untuk menjalani ujian pengesahan.




LANGKAH-LANGKAH UJIAN PENGESAHAN:

1. Ujian pengesahan HIV dilaksanakan secara ‘sulit’. Hanya doktor atau pegawai bertugas yang menjalankan ujian sahaja yang tahu meklumat peribadi dan keputusan ujian anda.

2. Jumpa doktor atau pegawai bertugas pada hari temujanji yang telah ditetapkan (2 minggu selepas sampel darah diambil) bagi mengetahui keputusan ujian pengesahan dan mendapatkan khidmat nasihat atau kaunseling.

3. Jika keputusan ujian anda adalah ‘negatif’, anda akan diberi temujanji dalam masa 6 bulan untuk pengesahan ulangan.

4. Sekiranya keputusan ujian anda adalah ‘positif’, anda akan dirujuk ke mana-mana klinik kesihatan yang mempunyai perkhidmatan pengurusan HIV yang anda pilih. Jagaan seterusnya akan meliputi perkhidmatan kaunseling, pemeriksaan kesihatan, ujian makmal dan rawatan.


KEPUTUSAN UJIAN DAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA AKAN DIRAHSIAKAN. 


JALANILAH UJIAN SARINGAN HIV DEMI MASA DEPAN ANDA.


CERAMAH DAN PROMOSI MELAKA GOING TO ZERO HIV 3.0 DI ILP BUKIT KATIL

Ceramah disampaikan oleh dr Nurmawati Ahmad Pegawai Epidemiologi 2 
Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah

Begitu khusuk adik-adik mendengar penerangan yang diberi tentang penyakit HIV/STI

Sekalung budi kepada penyelaras ILP Bukit Katil

Bersama-sama kita mencegah penularan HIV/STI

Jom...Ke Sexual Transmitted Infection Friendly Clinic (STIFC) Klinik Kesihatan Jalan Gereja Melaka...


Jom...Ke Sexual Transmitted Infection Friendly Clinic (STIFC) Klinik Kesihatan Jalan Gereja Melaka...



Matlamat STI Friendly Clinic KKJG
1)Mengurangkan kadar penyebaran penyakit HIV sejajar dengan matlamat:-
  "Melaka, HIV Getting To Zero, 3.0”
2) Ke arah menjayakan matlamat NSPEA (National Strategic Plan Ending AIDS) 2016-2030,
     Sasaran90:90:90”
  - 90% pesakit HIV dikenalpasti
  - 90% pesakit HIV dirawat dengan anti-retroviral
  - 90% pesakit HIV yang dirawat dengan anti-retroviral mempunyai viral load yang terkawal


Objektif STI Friendly Clinic KKJG
Mewujudkan sebuah klinik yang memudahkan pesakit bergejala STI/HIV mendapatkan rawatan (Konsep 1 Stop Centre :- Kaunseling, Pemeriksaan, Rawatan dalam sehari)
Menyediakan perkhidmatan saringan pesakit yang bergejala STI /HIVterutamanya “key population” (MSM, SW, TG, PWID)
Memberikan kesedaran tentang STI/HIV kepada orang ramai

 
Perkhidmatan di STI Friendly Clinic STIFC

Pendaftaran pelanggan secara hormat termasuk panggilan nama mesra mereka.
Menyediakan ruang kaunseling dan pemeriksaan yang selesa untuk pesakit agar keperibadian pesakit terjamin. ( Bilik Sejuta Harapan)
Perkhidmatan STI screening – VDRL, HIV, Hepatitis B/C, Urethral/Vaginal discharge for gram staining/wet smear
  *Terbaru:-  HIV-Syphillis Duo Kit
Pakej Khas untuk   LGBT : Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan  BMI/tekanan darah/ Diabetis/ Cholesterol
Pemberian condom secara percuma.
Memberi rawatan untuk penyakit STI pada hari yang sama.( syndromic approch)
Risalah-risalah STI
Mempunyai staf yang terlatih untuk memberi perkhidmatan STI yang mantap.
Rawatan  ARV
Perkhidmatan sokong bantu oleh petugas temuseru


Friday, September 7, 2018

Mengimbau sejarah...bermulanya Melaka City Going To Zero HIV di Melaka pada tahun 2011-2015


https://mashmnac3.files.wordpress.com/2014/10/ph-pr_11oct_1100_melaka-experience-datuk-bandar.pdf


Kes HIV di Melaka catat penurunan


Kes HIV di Melaka catat penurunan


http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kes-hiv-di-melaka-catat-penurunan-1.876116

MELAKA TENGAH - Kes jangkitan HIV mencatatkan penurunan kepada 61 kes dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 74 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Exco Kesihatan dan Antidadah, Low Chee Leong berkata, 80 peratus jangkitan itu dimonopoli dan disebabkan amalan seks bebas dan selebihnya faktor lain termasuk berkongsi jarum suntikan dalam kalangan penagih dadah.

Menurutnya, sejak 1988 hingga 2017 sebanyak 1,138 orang yang terlibat HIV dan kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk menurunkan jumlah, sekali gus mencapai objektif menuju negara bebas HIV 2030.
“Daripada kes yang dicatatkan jumlah itu termasuk lapan lelaki nisbah seorang wanita.
“Walaupun kes dilihat mendatar namun sejak lima tahun kebelakangan ini jumlah kes disebabkan amalan seks bebas menunjukkan peningkatan dan perkongsian jarum suntikan menunjukkan penurunan,” katanya.
Chee Leong berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan ‘Cities Getting To Zero HIV 2018' di Holiday Inn Banda Hilir, di sini, semalam.
Hadir sama Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ghazali Othman dan Ketua Sektor HIV/STI dan Hepatitis C, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Anita Suleiman.
Jelasnya, Melaka dipilih sebagai bandar pertama untuk menerajui inisiatif itu ke arah merealisasikan matlamat jitu itu.
Bagaimanapun, katanya, matlamat tak akan dicapai tanpa kerjasama semua pihak berkaitan.
“Usaha ke arah pelaksanaan itu perlu disokong dengan komitmen yang bersungguh-sungguh oleh semua pihak.
“Saya melihat konsep dan sasaran itu juga perlu diterapkan dalam pelan pembangunan dan operasi sebuah bandar yang mampan demi memastikan kelestarian sebuah bandar sejahtera,” katanya.
Sementara itu, sebuah buku Pelan Tindakan Cities Getting To Zero HIV 2018 turut dilancarkan.
Buku itu telah diedarkan kepada beberapa agensi dan jabatan di negeri ini agar kesedaran HIV dapat diperluaskan hingga ke peringkat akar umbi.

Sebanyak 90 peratus jangkitan HIV/AIDS akibat seks tidak selamat

Sebanyak 90 peratus jangkitan HIV/AIDS akibat seks tidak selamat

http://gerbangpost.com/blog/sebanyak-90-peratus-jangkitan-hivaids-akibat-seks-tidak-selamat/

MELAKA,. Sebanyak 90 peratus daripada jumlah kes jangkitan HIV/AIDS dalam tempoh 2009 hingga tahun lepas di negara ini adalah akibat kegiatan seks tidak selamat, berbanding 10 peratus akibat suntikan penagihan dadah.
Ketua Sektor HIV/STI dan Hepatitis C, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Anita Suleiman berkata daripada peratusan jangkitan akibat seks tidak selamat itu pula, kira-kira 50 peratus adalah daripada golongan homoseksual dan 40 peratus heteroseksual.
Beliau berkata trend berkenaan mengalami perubahan ketara sejak apedemik HIV/AIDS pertama kali dikesan di negara ini pada 1986 yang mana golongan penagih dadah adalah kumpulan paling ramai dikesan dijangkiti penyakit itu.
“Kajian dilakukan ke atas empat kumpulan berisiko tinggi menghidap HIV/AIDS — iaitu penagih dadah, lelaki mengadakan hubungan seks sejenis, transgendar dan pekerja seks — mendapati kadar jangkitan melibatkan kumpulan itu meningkat kecuali penagih dadah.
“Penurunan kes jangkitan melibatkan penagih dadah disebabkan beberapa faktor utama khususnya usaha berterusan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan antara Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan dan Terapi Gantian Metadon bermula 2006,” katanya kepada pemberita di Bandar Hilir di sini pada Selasa.
Beliau ditemui selepas perasmian Persidangan Kebangsaan ‘Cities Getting to Zero HIV 2018′ di sini, disempurnakan Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Low Chee Leong dan turut dihadiri Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Ghazali Othman.
Anita berkata jangkitan HIV/AIDS sukar dikesan dalam kalangan pengamal seks tidak selamat kerana tiada platform atau kriteria khas yang menunjukkan mereka penghidap penyakit berkenaan pada peringkat awal sehingga mereka jatuh sakit berbanding penagih dadah kerana saringan dilakukan di penjara dan pusat serenti.
Sehubungan itu, golongan berisiko tinggi perlu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mencegah jangkitan berkenaan melalui saringan serta membuang rasa malu terhadap stigma atau persepsi masyarakat terhadap penghidap HIV/AIDS.
Sementara itu, beliau berkata jumlah kes HIV/AIDS di negara ini menunjukkan pola mendatar dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini iaitu purata 3,300 kes setahun dan ini membimbangkan dalam usaha kerajaan mencapai sifar HIV/AIDS menjelang 2030.
Katanya, 70 peratus daripada golongan yang dijangkiti HIV/AIDS adalah mereka yang berusia 29 hingga 39 tahun dan lelaki mendominasi jumlah tertinggi dijangkiti penyakit itu berbanding wanita pada nisbah 8:1.
Dalam pada itu ketika berucap merasmikan persidangan itu, Low berkata bilangan penghidap penyakit HIV/AIDS di negara ini dianggarkan 73,557 orang dengan kadar jangkitan 10.5 peratus untuk setiap 100,000 penduduk.
— BERNAMA

Perasmian 1st Cities Getting To Zero National Conference 2018 di Hotel Holiday Inn, Melaka pada 4 September 2018

Sekitar Perasmian 1st Cities Getting To Zero National Conference 2018 di Hotel Holiday Inn, Melaka pada 4 September 2018


Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Low Chee Leong (dua, kiri) menandatangani replika Buku Pelan Tindakan Projek Bandaraya Melaka Menuju Sifar HIV 3.0 sebagai simbolik perasmian Persidangan Kebangsaan 'Cities Getting to Zero HIV 2018', 4 Sept, 2018. Turut hadir, Ghazali (kiri).


Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Low Chee Leong (lapan, kanan) dan Ghazali (tujuh, kanan) bersama sebahagian wakil jabatan yang menerima buku Pelan Tindakan Cities Getting To Zero HIV 2018





Selamat Datang ke Melaka Going To Zero HIV 3.0