Search This Blog

Saturday, September 8, 2018

KETAHUI STATUS HIV ANDA

Jom lakukan Ujian HIV di mana-mana klinik kesihatan dan Klinik 1 Malaysia di Melaka.



LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN UJIAN SARINGAN HIV:

1. Pergi ke mana-mana klinik kesihatan kerajaan.

2. Berjumpa terus dengan doktor/ pembantu perubatan/ jururawat bertugas dan minta ujian HIV dilakukan.

3. Doktor / pembantu perubatan / jururawat yang bertugas akan memberi khidmat nasihat atau kaunseling mengenai ujian tersebut.

4. Setitis darah akan diambil dari hujung jari untuk diuji. Keputusan ujian boleh diketahui dalam masa 15 minit (menggunakan ujian pantas – rapid test kits).

5. Jika keputusan ujian ‘tidak reaktif’, anda akan diberi penerangan lanjut. Sekiranya anda mempunyai faktor risiko dijangkiti HIV, anda akan dinasihatkan untuk mengulangi ujian 6 bulan akan datang.

6. Jika keputusan ujian adalah ’reaktif’, nasihat akan diberikan dan persetujuan diperolehi daripada anda untuk menjalani ujian pengesahan.




LANGKAH-LANGKAH UJIAN PENGESAHAN:

1. Ujian pengesahan HIV dilaksanakan secara ‘sulit’. Hanya doktor atau pegawai bertugas yang menjalankan ujian sahaja yang tahu meklumat peribadi dan keputusan ujian anda.

2. Jumpa doktor atau pegawai bertugas pada hari temujanji yang telah ditetapkan (2 minggu selepas sampel darah diambil) bagi mengetahui keputusan ujian pengesahan dan mendapatkan khidmat nasihat atau kaunseling.

3. Jika keputusan ujian anda adalah ‘negatif’, anda akan diberi temujanji dalam masa 6 bulan untuk pengesahan ulangan.

4. Sekiranya keputusan ujian anda adalah ‘positif’, anda akan dirujuk ke mana-mana klinik kesihatan yang mempunyai perkhidmatan pengurusan HIV yang anda pilih. Jagaan seterusnya akan meliputi perkhidmatan kaunseling, pemeriksaan kesihatan, ujian makmal dan rawatan.


KEPUTUSAN UJIAN DAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA AKAN DIRAHSIAKAN. 


JALANILAH UJIAN SARINGAN HIV DEMI MASA DEPAN ANDA.


No comments:

Post a Comment