Jom...Ke Sexual Transmitted Infection Friendly Clinic (STIFC) Klinik Kesihatan Jalan Gereja Melaka...
Matlamat STI Friendly Clinic KKJG
1)Mengurangkan kadar penyebaran penyakit HIV sejajar dengan matlamat:-
"Melaka, HIV Getting To Zero, 3.0”
2) Ke arah menjayakan matlamat NSPEA (National Strategic Plan Ending AIDS) 2016-2030,
Sasaran “ 90:90:90”
- 90% pesakit HIV dikenalpasti
- 90% pesakit HIV dirawat dengan anti-retroviral
- 90% pesakit HIV yang dirawat dengan anti-retroviral mempunyai viral load yang terkawal
Objektif STI Friendly Clinic KKJG
•Mewujudkan sebuah klinik yang memudahkan pesakit bergejala STI/HIV mendapatkan rawatan (Konsep 1 Stop Centre :- Kaunseling, Pemeriksaan, Rawatan dalam sehari)
•Menyediakan perkhidmatan saringan pesakit yang bergejala STI /HIVterutamanya “key population”
(MSM, SW, TG, PWID)
•Memberikan kesedaran tentang STI/HIV kepada orang ramai
Perkhidmatan di STI Friendly Clinic STIFC
•Pendaftaran pelanggan secara hormat termasuk panggilan nama mesra mereka.
•Menyediakan ruang kaunseling dan pemeriksaan yang selesa untuk pesakit agar keperibadian pesakit terjamin. ( Bilik Sejuta Harapan)
•Perkhidmatan STI screening – VDRL, HIV, Hepatitis
B/C, Urethral/Vaginal discharge for gram staining/wet smear
*Terbaru:-
HIV-Syphillis Duo Kit
• Pakej Khas untuk LGBT : Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan BMI/tekanan darah/ Diabetis/ Cholesterol
•Pemberian condom secara percuma.
•Memberi rawatan untuk penyakit STI pada hari yang sama.( syndromic approch)
•Risalah-risalah STI
•Mempunyai staf yang terlatih untuk memberi perkhidmatan STI yang mantap.
•Rawatan
ARV
•Perkhidmatan sokong bantu oleh petugas temuseru